Ini bermula masa saya tahun 3 (2008). Dari kelas saya dulu, ada dua orang aulad (lelaki) dia ni kan, ish, susah la nak ceritakan,
tengah geram. Oke la saya ceritakan . Ada dua orang aulad kelas ana, namanya Hazim and Luqman Hakim, dia ni kan kalau masa rehat mesti dia tunggu ana.Ana dah habis makan, ana terpaksa kejar dia.Sampai semua orang nengok, menyampah betul la. Yang KEDUA ialah pasal YM (Yahoo messenger). Mak ana nie dia tulis kat blog dia tentang CATTING AND CALLING lagi tuuuu……
Ana baca tu ketawaaaa… Lawak sangat, tapi bukan la sangat, kalau nak nengok blog mak ana boleh, siap ada gambar lagi tu, kat komputer sibuk pasal gambar je,gambar je,gambar je, keterlaluan ke? What ever la…. (kalau nak nengok blog mak ana cari kat google,terry terikoh blog) ana nie suka pakai bahasa rojak. Ok la kita sambung,macam nie, ana nie mesti kalau nak chat janji dulu, kawan ana namanya Izzah yang montel tu geram sangat la ana nie, ha kan, dia kalau nak chat mesti dia telefon dulu, tiba-tiba je telefon tiba -tiba je telefon. Penat la kalau telefon- telefon, kejap je “Firda hari nie chat tau” pastu “Firda hari nie chat tau” malas betul sangat,sangat ok dan sangat. Pastu mak ana cakap:
“Firda kalau kawan mau chatting, chatting aja la kalau mau telefon,telefon aja la, itu namanya bukan chatting….
Ana:Habistu macam mana?
Ibu:kalau mau telefon,telefon terus kalau mau chatting,chatting terus jangan CHATTING CALLING dong.
Ok ,sekarang masalah yang KETIGA.Di dalam bas ana dan di kelas kawan ana….. Yang dalam bas ana, pergaduhan dengan bahasa yang kasar. Relaks la (Abang jangan marah, nie kan cuma blog, bukan nya apa -apa pun. #notis, untuk abang ana saja)
Yang bergaduh nie namanya NUR AQILAH & NUR HAZIMAH. Hazimah cakap “setan” punya budak. Lalu Aqilah balas lagi “kau la yang setan,mentang-mentang awak yang lagi tua, lalu Hazimah jawab lagi ’sukahatilah” lalu Aqilah cakap lagi “Dah la muka hitam” Lalu semakin esok,semakin esok dan dia sudah maaf-maafan. Dan ada 1 lagi,tentang kelas kawan kuuuuuuu……… Ada my bestfriend ana, namanya NUR IZZAH FARHANA, dia nie masuk grup dengan orang yang baik-baik, name dia AMIRA,FARAH HANISAH dan Nouha (entah la eja dia macam mane) Yang grup agak sombong sket tu namanya ROHANI, NURUL JANNAH dan gang-gang dia laa…
Yang ROHANI tu dia ajak Farhana untuk masuk grup dia, Farhana masuk la grup diaorang, lalu, AMIRA cakap: Masa Farhana masuk grup diaorang, mata dia tu agak-agak hitam sket, tak tau kenapa, dah lama,seminggu kemudian (kot) Farhana dah kembali ke grup baik…… Semua orang cakap allhamdulillah (untuk orang islam jer)…..
Nie ialah cerita yang terakhir sekali iaitu yang keempat, tentang ustaz baru ,namanya Ustaz Abdullah Azzam. Dia guru ganti kot, mungkin laaa….. Dia perkenal kan nama dia dulu la tentang peribadi dia, masa Ustaz Azzam tu masuk kelas mesti semua orang cakap:
EEEEEeeeeee handsome nye abang nie……
Abang Azzam malu kena cakap macam tu hehhehehehehe….. Abang Azzam tu abang NURIN MADIHAH……
Pastu abang tu cakap dia tinggal kat Balu kina. Pastu semua cakap Balu Kina tu kat mana? Jadi abang tu cerita macam nie:
Ada dua orang cina iaitu AH MING dan AH CHONG,dia nie bergaduh sebab nak naik ke puncak gunung.. lalu dia bergaduh. Ah Ming nie dia tolak ah chong mesti Ah Chong terjatuh,kalau Ah chong tolah Ah Ming mesti Ah ming tak jatuh. Bergaduh-bergaduh sampai atas puncak, Ah chong tolak ah ming sampai tergolek, lalu A Ming cakap Balu Kina!! Balu Kina!! maksudnya baru kena!! baru kena. Lalu, ah chong nie tulis Balu Kina tu Banyak -bnyak sampai penuh satu gung. Lalu ada orang asing cakap:nie gunung apa ni? Lalu orang asing tu nampak yang Ah chong tulis. lalu. ada masyarakat Malaysia nengok gunung tu.. lalu orang Malysia ni padam padm sikit tulisan tu. dah padam-padam jadilah Gunung Kina Balu.di situ lah ustaz tinggal.Tapi bukan Gunung la
mesti Kota Kina Balu…….
Itulah cerita saya, wslm ……
Nak tanya sikit untuk pembaca, ada yang keterlaluan tak?
Kalu boleh tolong bagi komen (Please give me commen please )